Powered By Blogger

Tuesday, August 26, 2008

Salam sejahtera sahabat dan rakan semua,

Saya mahu meminta maaf kerana tidak dapat sama-sama mengikut pengembaraan yang akan diadakan Jumaat ini atas sebab tertentu. Namun saya harap kamu semua akan bergembira dan bersuka ria buat kali terakhir sebelum Ramadhan menjelang :D

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, rajin-rajinlah ke TERAWIH. Juga, saya ingin mengatakan, penuhilah masa anda dengan beribadah, kalau tidak sekali pun, rajin-rajinlah buat kajian. Pentas akan bermula pada minggu kedua cuti sekolah ini. Dedahkan diri anda dengan perwatakan dan ragam manusia sekeliling. Perhatikan gerak geri, jika ada masa, bacalah transkrip PPP yang boleh anda pinjam dari Rihanna dan Zakiah. Bacalah cara penulisan skrip-skrip tersebut dan penuhi watak-watak yang ada dengan pemahaman sendiri. Belajarlah dengan rajin.

Juga amalkan meluangkan masa dengan anggota Titisan kerana dalam lakonan, kita memerlukan banyak "Chemistry" :D

Jumpa pada 5 haribulan September atau lebih awal.

Sebelum saya akhiri "Coretan" hari ini, saya ingin mengatakan bahawa, lakonan bukan hanya dalam segi "Dialog" dan "Monolog" sahaja. Itu yang akan saya teroka dalam Pentas 2008 ;)

Salam ikhlas,
Haikal Iqbal

No comments: