Powered By Blogger

Wednesday, June 30, 2010

Salam! 

Memandangkan dah berhabuk pun blog ni...saya rasa dah masanya untuk saya buat sesuatu. haha. Ada beberapa perkara yang ingin saya umumkan di sini. Jadi teruskan membaca ya...

1) Sayembara Teater 2010
Sayembara dah khatam sebenarnya, dah tak wujud lagi watak-watak Hakasai, Qistina mahupun En. Tan. Tapi suka saya memberitahu yang Titisan Temasek yang mewakili Politeknik Temasek dalam pertandingan ini telah merangkul tempat kedua keseluruhan. Juara pertandingan itu adalah kumpulan dari Sekolah Menengah Xinmin. 

Tahniah juga kepada individu-individu yang telah berjaya mendapat anugerah pelakon harapan dan pelakon pembantu(wanita/lelaki) iaitu, Syafiqah(muslimah) serta Nareeza dan Nuruddin!

Semoga kejayaan ini akan menjadi satu motivasi bagi kita semua untuk teruskan menghasilkan/melakonkan persembahan yang bermutu. Insyaallah.

2) TP 20th Anniversary Musical

Dengan sukacitanya saya ingin mengumumkan, bahawa beberapa rakan-rakan Titisan kita, telah terpilih untuk menyertai muzikal ini pada November ini. Tahniah kepada...

1) Abdul Qayyum
2) Md Nuruddin
3) Nareeza(Staff)
4) Norsuryana

...kerana telah berjaya melayakkan diri dalam muzikal ini. Ayuh kita membuat muzikal ini satu persembahan yang gah, seperti yang diimpikan En. Sunny.

3) Pertandingan Blogging 2010

Pertandingan Blogging 2010 dianjurkan buat kali ketiga bersempena dengan Bulan Bahasa 2010 yang telah bermula pada 26 Jun tahun ini. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk minat serta menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di alam siber. 
 
Pada tahun ini, pertandingan Blogging 2010 dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu dan Budaya Melayu, Universiti Teknologi Nanyang (Perbayu NTU) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (KGMS). Pertandingan yang telah meraih jumlah peserta yang semakin meningkat ini (2006: 300 peserta, 2008: 500 peserta) juga disokong oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC). 
 
Selaras dengan slogan Bulan Bahasa 2010- ‘Bahasa Kita. Gunakanlah’, Pertandingan Blogging 2010 menyediakan 5 kategori dengan tema yang tertentu seperti berikut: 

JC/ITE/Poly/ Universiti
  Pelestarian Budaya Melayu
Cara-cara mengekalkan, mengembangkan dan mempertingkatkan
budaya Melayu
 

Para peserta yang berminat harus mendaftar selewat-lewatnya pada 10 Julai 2010 dan boleh mula menulis sekurang-kurangnya 10 entri dari tempoh 30 Jun hingga 30 Julai. Sila rujuk lampiran ‘Borang Penyertaan’ dan ‘Syarat Pertandingan’ di atas untuk keterangan yang selanjutnya.
 

4) "Berputar Di Kegelapan Malam"

TEATER KAMi LIMITED
mempersembahkan

BERPUTAR DI KEGELAPAN MALAM
13-17 Julai 2010



Sempena Hari Belia yang bakal menjelang, Teater Kami  sekali lagi akan memaparkan sebuah kisah benar yang pernah dilalui oleh penulisnya,
Mohamad Arizal Bin Ahmad, seorang guru bahasa Melayu yang sedang menuntut di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Arizal mula menulis semasa menuntut di Institut Pendidikan Nasional (NIE) atas dorongan seorang pensyarah beliau pada masa itu, Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. Cerpen pertama beliau, Ungkal, telah tersiar di dalam akhbar Berita Minggu pada 11hb April 2004. Cerpen beliau, Mengejar Matahari, telah memenangi tempat pertama Sayembara Noktah Putih 2008 dalam cerpen kategori terbuka pada 1hb Nov 2009 di Arts House. Naskhah pentas Berputar di kegelapan Malam merupakan adaptasi daripada cerpen beliau yang ditulis pada tahun 2008. Usaha penulisan naskhah pentas ini ditulis ekoran dorongan aktivis drama Melayu tempatan, Atin Amat.

Synopsis
Aim, 50 tahun, seorang bapa ayam, seorang pengedar dadah, seorang penagih dadah, semenjak umur 18 tahun itulah darah dagingnya. John seorang jejaka 23 tahun, sementara menunggu kemasukan ke universiti dan Madi, 21 tahun, sementara menunggu kemasukan ke politeknik bekerja sebagai pembersih. Pertembungan Aim, John dan Madi membawa tawa, suka, duka dan hampa. Beberapa babak yang penting dan menyayat hati berlaku selepas itu yang akhirnya menyebabkan Aim tercampak kembali ke lorong gelap yang diputarnya sekitar 30 tahun.

Kisah ini membawa kita merenung tanggungjawab kita bersama dalam proses pemulihan orang-orang yang kita labelkan 'sampah'.

Perubahan sikap seseorang penjenayah atau penagih dadah terletak di tangan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat umum, bukan satu tanggung jawab peribadi yang terpaksa dipikul seorang diri. Persepsi masyarakat yang agak jelek terhadap golongan yang tidak terpelajar perlu difikirkan semula.

Butir-Butir Pementasan:
Tarikh / Masa:
13/07/10, Selasa – 3 petang
14/07/10, Rabu – 3 petang
15/07/10, Khamis – 3 petang
16/07/10, Jumaat – 3 petang & 8 malam
17/07/10, Sabtu – 3 petang & 8 malam

Tempat:
Teater Kami Black Box Studio
One-Two-Six Cairnhill Arts Centre, 126 Cairnhill Road, #02-04/05, Singapore 229707

Harga:
$15.00 seorang.
* Khas untuk sekolah-sekolah - Setiap pembelian 20 tiket, anda akan mendapat 1 tiket percuma.

Teater Kami Limited, One-Two-Six Cairnhill Arts Centre,126 Cairnhill Road, #02-04/05, Singapore 229707
Tel: 6733 8969 Fax: 6734 3374
 
Jadi sesiapa yang berminat untuk menonton persembahan ini, sila beritahu Sue, Din atau Syafiqah. Besar kemungkinan kita akan pergi menonton pada hari Sabtu, jam 3petang selepas latihan Titisan.

Itu sahaja yang saya ingin umumkan. Jadi saya harap awak semua dapat memberi maklumbalas atau sepatah dua kata di tagboard. Atau, perkara-perkara seperti berminat untuk menonton persembahan oleh Teater Kami, sila berhubung dengan orang-orang yang sepatutnya~ :))


Saya rasa, awak semua sedang sibuk dengan sekolah..ada banyak juga rakan-rakan kita yang menyertai Titisan Temasek tetapi sudah pun menarik diri atas sebab-sebab yang berlainan. Tidak mengapa, kemasukan awak semua dalam Titisan, saya harap bukan kerana paksaan atau kerana kawan, tetapi atas dasar ingin mempelajari seni lakonan teater dengan lebih mendalam lagi. Ia tidak akan menyebabkan awak didenda atau dibuang sekolah sebab awak tidak menghadiri latihan-latihan Titisan. Yang berkurangan cuma Seal points awak, tu pun kalau awak semua kesah sangat pasal Seal points. Tak rugi apa-apa pun sebenarnya. Rugi ilmu saja. Seperti yang telah saya katakan, Titisan Temasek adalah satu kumpulan kegiatan luar waktu sekolah. Jadi ia adalah sebuah kelebihan yang awak semua memilih untuk pelajari. Jadi, selagi awak boleh, marilah pelajari perkara-perkara yang jarang kita dapat pelajari. Haha. Dah tu je...

Oh. kepada ahli-ahli yang telah menarik diri, kalau awak semua rindu atau rasa nak datang untuk latihan, datang sahaja...Kita akan mengalu-alukan kehadiran awak semua! :))


Salam Sayang
Sue.ryana

No comments: