Powered By Blogger

Friday, September 18, 2009

Impak Maksima: The Musical


Dari filem blockbuster ke drama televisyen, Impak Maksima: The Musical akan mengegarkan pangung teater Esplanade tidak lama lagi. Arahan dari Ahmad Idham, musikal ini bakal menjanjikan suatu persembahan tarian Hip-Hop dan juga "drifting"kereta lumba di atas stage

Sinopsis:

Ayie ialah seorang anak muda yang masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Ayie amat gemar dengan sukan bermotor iaitu lumba kereta, Ayie sering melibatkan diri dengan perlumbaan kereta haram dan melepak bersama 2 orang rakan baiknya iaitu Loyai (rakan kolej) dan Amran (mekanik kereta).

Ayie sering ditegur oleh abangnya, Johari yang telah menjaganya semenjak ibubapanya meninggal dunia. Johari mengusahakan sebuah bengkel kereta di mana tempat Amran bekerja. Suatu ketika dahulu, Johari seorang pelumba Rally profesional tetapi telah berhenti kerana tidak mahu adiknya mengikut jejaknya.

Bila: 17 (Sabtu) dan 18 Oktober (Ahad)
Waktu: 8 malam (Sabtu) 3 petang & 8 malam (Ahad) 90min, tiada interval
Harga Tiket: $19 untuk pelajar. Harga sebenar $60, $45, $30*
Lokasi: Esplanade Theatre.

Untuk butiran lanjut mengenai musikal ini, sila lungsuri ke lelaman berikut:

No comments: