
MENONJOLKAN seni lakonan berunsur komedi dengan diselitkan persembahan tarian dan nyanyian. Mungkin ia sesuatu yang jarang dikaitkan dengan persembahan konsert kesenian tahunan Gentarasa.
Namun, itulah kesegaran yang ingin diketengahkan personaliti popular setempat, Encik Suhaimi Yusof, yang menerajui konsert kesenian anjuran Persatuan Rakyat dan Majlis Eksekutif Kegiatan Melayu Balai Rakyat (Mesra) tahun ini.
Dengan begitu ramai bakat-bakat baru yang digembleng dalam pementasan tahun ini, Encik Suhaimi telah mendapatkan khidmat penggiat seni mapan seperti pelakon terkenal, Encik Sani Hussein dan Cik Mastura Ahmad, untuk membimbing mereka.
Genatarasa 2009 akan dipentaskan pada 13 Jun(Sabtu) pada 12 tengah hari(student martinee) dan 8 malam(Gala Show) di Auditorium Nanyang.
Tiket-tiket berharga $20 boleh didapatkan daripada ibu pejabat Persatuan Rakyat atau kelab-kelab masyarakat.
*sesiapa yang ingin menonton, dapatkan tiket anda dengan cepat kerana tiket2 telah hangat dijual di pasaran sekarang!
No comments:
Post a Comment