Powered By Blogger

Friday, December 26, 2008

Salam sejahtera

Chalet yang ditaja sepenuhnya oleh Martyn Tim, sudah pun berlalu, tidak dapat dinafikan masa yang di lalui bersama, bermain "Charade" hingga ke TURKS AND CAICOS, hehe (tersipu tertawa)hingga menceburi bidang baru, "Pengkaji lorong-lorong di Geylang" dalam inggerisnya dikata "TIME WELL SPENT". tali persaudaraan yang kini semakin erat sememangnya suatu yang ingin diterapkan di dalam setiap individu ahli Titisan. Ditangung Beres !!

Yang tidak dapat hadir malam itu adalah Fathin, Shafiqah dan Khadijah. Untuk pengetahuan umum, Khadijah telah ditahan di rumah Hospital tetapi Alhamdulillah telah dibolehkan pulang untuk berehat sementara menunggu sesi rawatan seterusnya. Sama-sama kita mendoakan kesihatan Khadijah, seorang pelakon yang rajin lagi berkebolehan. Fathin dan Shafiqah pula tidak dapat hadir atas urusan-urusan tertentu. Insya'allah, mereka akan hadir pada pertemuan seterusnya.

Saya juga ingin mengumumkan bahawa, saya telah mendapat satu "slot" pada Open House Engineering School pada 9th Jan. Sekumpulan pelaku dari Titisan akan membuat persembahan abstrak berjudul "Yearn". Pelaku-pelakunya, Haikal, Matin, Aimi dan Amalina; kami mengalu-alukan sesiapa yang ingin mengambil bahagian, tetapi oleh kerana persembahan ini bukan atas nama Titisan, seal points dan LOA tidak akan diberikan; ianya atas minat mencuba sesuatu yang berlainan. Persembahan 5minit lebih ini tidak mempunyai sebarang dialog, hanya pergerakkan dan muzik.

Sekian, itu sahaja buat kali ini.

Salam Cute...

No comments: