Powered By Blogger

Thursday, September 25, 2008


Selamat berbuka ingin saya ucapkan kepada semua rakan Titisan Temasek. Sudah pun 25 hari kita menjalani ibadah puasa, sekarang tinggallah 5 hari lagi sebelum kita menyambut HARI RAYA AIDILFITRI.

Seperti setiap tahun, sebuah episode Titisan Beraya akan di tayangkan di chanel 10, MAG. Tarikh rakaman Titisan Beraya belum lagi ditentukan dan juga warna atau temah tahun ini belum ditetapkan tetapi saya mempunyai satu idea yang agak berlainan sedikit. hendak dengar ? ok, ok ini dia "Pakej Keluarga"!

Biar saya jelaskan idea songsang saya ini. Temah "Pakej Keluarga" a.k.a "Langsir-langsir Titisan" bermaksud, dalam keseluruhan Titisan, tiada satu warna pun yang harus bersendirian, bermakna, jika anda memilih warna jingga misal kata, kamu hendaklah bersamaan atau "matching" dengan 1 lagi rakan seperjuangan, ini adalah had minima. lagi ramai yang memakai warana yang sama, "Keluarga" itu akan memenangi gelaran "Keluarga Cemerlang". kriteria- kriteria untuk memenangi gelaran ini termasuk, rakaman video Hari Raya Terbaik dan datang "T.P.W" lebiih difahami sebagai "Tepat Pada Waktu" yang dijanjikan dan yang terakhir "Perpaduan" keluarga itu.

APAKATA ANDA ?!! KAMI HENDAK DENGAR PANDANGAN ANDA !!
SILA TAG !

Salam Cute,
Haikal Iqbal
Selaku Penganjur Titisan Beraya Tahun Lepas

No comments: