Assalamualaikum,
Pertama sekali ingin saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kaum titisan temasek.
Kedua, saya ingin meminta maaf atas kesemua kesilapan yang telah saya lakukan, sengaja atau tidak. harap maklum, saya mempunyai mulut yang boleh dikatakan amat "laser" kerana ingin saya memulakan bulan yang mulia ini secara "bersih :D".
Ketiga, ingin saya mengingatkan bahawa, uji bakat untuk produksi tahunan kami, "PENTAS : SUTERA; Lembut apa nilainya ? " akan diadakan pada hari jumaat ini pada jam 3 petang hingga 6 petang, di studio 6, TAC. Juga akan diadakan buat pertama kali, IFTAR TITISAN selepas uji bakat tersebut.
Saya percaya bahawa, Rayhana telah pun menghantar emel berkenaan sesi latihan drama sempena Pentas, saya harap kamu semua mengambil berat dan meluangkan masa yang berpatutan, jika tidak keberatan kerana kami kesuntukkan masa memandangkan cuti latihan selama 2 minggu menjelang Hari Lebaran kelak. dalam kesemuanya, kami hanya mempunyai 6 minggu sebelum sekolah dibuka semula.
salam manis,
Haikal Iqbal
No comments:
Post a Comment