Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Pertama sekali saya mahu mengucapkan tahniah akan pembukaan lelaman ini. Ia akan menyenangkan lagi penyebaran mesej-mesej yang ingin disampaikan kepada semua. Saya juga cukup bangga dengan kelahiran TITISAN FRIENDSTER, dan juga TITISAN MULTIPLY.
Saya selaku Pengarah Artistik Pentas tahun ini ingin membuat pengumumam. Tarikh uji bakat adalah 5 haribulan September. Masa akan saya beritahu kemudian. Uji bakat adalah "compulsory" untuk semua para anggota Titisan Temasek. Ingin saya pertengahkan bahawa, misi atau idea saya [dan saya yakin, kesemua para anggota MAG juga] menginginkan suatu pementasan yang fenomena, jadi, saya harap kamu semua dapat bekerjasama dengan pihak kreatif Pentas.
Saya mahu meminta maaf jika tarikh uji bakat agak payah untuk kamu semua, tetapi saya tidak mempunyai pilihan kerana kesuntukkan masa. Dan juga saya tidak dapat memberi tahu apa-apa tentang Pentas tahun ini buat masa sekarang. Kesemuanya akan dibentangkan pada Taklimat yang akan diadakan kelak.
Saya amat berbahagia kerana diberi peluang mengarah dan yang lebih penting lagi bekerjasama sekali lagi dengan kamu semua.
Sebelum saya terlupa, pementasan Khilaf yang baru berlaku semalam, merupakan suatu pengalaman yang agak kreatif. :D
rating: 2/5
Juga, Peringkat Separuh Akhir Mega Perdana akan diadakan pada Sabtu ini.
Tiket berharga $19 setiap satu.
Kampung Ubi CC
Saksikan kumpulan-kumpulan kegemaran anda beraksi.
Rakan-rakan Titisan seperti Anas, Wan, Hydil, Matin, Irfan dan ramai lagi dari Panjy Sry Temasek yang juga turut bertanding...
Ingin juga saya mengucapkan tahniah kepada Matin, Fadhilah, Aimi dan Amy kerana berani dan telah mengharumkan nama Titisan Temasek di uji bakat Genggam semalam. Insylh, saya turut berdoa supaya kamu semua berjaya dalam uji bakat tersebut.
Salam manis,
Pengarah Seni
Haikal Iqbal
No comments:
Post a Comment